Semenjak problem ngan maid ni, rasanya dah 6 bulan aku tak berbelanja sakan utk diri sendiri. Huh tapi hari ni...aku sungguh puas hati sbb baru menghabiskan duit dgn membeli tudung kat Ariani..
Mula-mula dulu aku tak paham kenapa ada org boleh spend RM70-100 for 1 piece of tudung. Sebab tak paham, aku pun nak jugak cuba memahamkannya...So masa raya aritu ada la aku beli 1 tudung from Ariani. Harga asal RM90, lepas discount dapat RM70. Yg lain tu aku beli la tudung murah-murahan, yg harga RM35 ke bawah....sbb for me, RM35 for a tudung pun dah consider mahal, sbb aku suka tudung byk, so tak boleh la beli yg mahal-mahal ni... makcik tak kayo...
Berbalik pada tudung Ariani yg satu helai jer la yg aku ada tu. Cantik tudung tu, tapi tudung kalau beli kat tempat lain pun cantik jugak. Tapi bila pakai, memang sedap giller! Rasa kemas je kat muka aku ni... Terasa nak pakai tudung tu ajer berbanding tudung-tudung aku yg lain.
So ntah macam mana, dalam 2-3 hari ni, aku rasa geram jer nak pergi beli tudung kat Ariani lagi. Ingatkan nak angkut 1-2 helai jer ( ye la, kan mahal...byk lagi benda penting yg aku boleh beli dgn duit tu), alih-alih aku terbeli 4 tudung sekali! Sebab bukannya apa, tgh sale gila-gila. Tak sangka lak ada sale tadi... Ingatkan aku budget for RM160 boleh dapat 2 helai je, tapi tadi aku boleh dapat 4 helai sekali. Dah la entitle for a pink membership card (with RM10 fee). So lepas ni kalau takde sale, aku boleh dapat 15% discount, kalau tgh sale, boleh dapat additional 5% discount. Kira ok lah tu daripada takde.
[Patut la walaupun kedai tudung melambak gilla skrg ni, tapi kedai Ariani tetap penuh jugak. Now aku tahu apa sebabnya. Free je aku mempromote Ariani kat sini. Bukannya dapat royalti pun. Tapi apa salahnya, sekadar berkongsi pengalaman.]
Alhamdulillah, lagi sorang kawan baik aku dah pun memakai tudung. Congratulations to my dear friend, Ozie....nanti leh la kita sama-sama pergi ke Ariani ok