That's what we called LIFE - Alhamdulilah, masaalahku sudah selesai.... ...

Thursday, February 10, 2011

House For Sale



Dear friends,

Anybody interested to buy a house in Seremban 2. Mana lah tahukan...aku nak jual rumah aku kat Seremban, atas sebab-sebab sudah decided utk duduk di KL selamanye. Hari tu current tenant aku nak beli rumah aku ni, tapi sebab konon2nye aku adalah hardcore org Seremban, so cakap kat dia yg aku akan balik ke Seremban satu hari nanti, dan takkan jual rumah tu kat sesapa, tapi bila aku nak jual rumah ni, dia pulak yg dah beli rumah lain, padan muka aku!!

So skrg bila nak jual dah susah, sebab more than 15 org yg call aku termasuk few interested buyers are Indian and Chinese, but rumah aku adalah bumi lot. So melepas lah aku...but I'm in the process of changing the status of the lot to non-bumi....but sementara menunggu process tu selesai, ada org bagi aku idea to post my advertisement in my blog and facebook...hehehe.....dah lama tak muncul, tiba-tiba nak menjual sesuatu pulak kat sini....takpe lah ye...layan je la....

So for those yg interested, here is the description :

Property Type : 2-Storey Semi-detached House
Tenure : Freehold
Land Area : 40x80 sq. ft.
Asking Price : RM 400,000
Bedrooms : 4
Bathrooms : 3
Build-up : 2800 s.f.
Land area : 3200 s.f.
Facilities : 5 minutes to Jusco, Tesco, hospitals (KPJ and Columbia Hospitals), schools, sports complex, police station, fire station, business centre, mini market, well maintained, good environment etc. Easy access to Seremban PLUS highway, 15 minutes to Carrefour.

Very BIG built-up area with 4 SPACIOUS bedrooms and 3 LARGE bathrooms, SPACIOUS living hall and dining area, BIG dry kitchen, wet kitchen completes with kitchen cabinet, EXTRA WIDE car porch for 2 cars and WIDE front gate completes with GRILL.






Floor Plan








Ni je la gambar yg aku dapat amik...nak amik gambar kat dalam, masih ada tenant lagi...so tak sampai hati la pulak nak amik gambar barang2 dia....

So for those yg interested, please contact us at, untuk kengkawan, harga boleh dirunding :-)

YUSRY 012-613 4467 / FIZAH 012-6076961



Thursday, December 2, 2010

Kenapa senyap???

Dah lama betul aku menghilangkan diri dari blog sendiri…kenapa yer? Ada sebab sebenarnye…

For the past few months aku agak busy travelling atas sebab kerja, then aku sangat2 stress juga atas sebab kerja, but now, aku dah tak busy travelling lagi dah, dan jugak dah tak stress dah….kerana aku dah di assign ke new assignment which has taken all my stress away, Alhamdulillah…. Dah la tak payah travel lagi, then dikelilingi oleh orang yg menyenangkan, Alhamdulillah….

But…aku masih jugak taknak berblogging, jarang berfacebook, bukan sebab busy, tapi sebab lain. But today, aku nak share and nak mintak pendapat kengkawan yg membaca my entry kali ni. This is purely my own pendapat….mungkin orang lain may not agree dengan aku, and you are free to comment, but just I would like to share my thoughts…

Hari tu masa aku away from home, travelling for work, aku ada lah beli satu buku agama ni. Dalam buku tu ada mention that Allah sangat murka dengan org yg bersifat riak….yup…..kita semua tahu pasal apa itu riak, it’s nothing new to us, but…apa maksud riak yg sebenarnya?? Do we really understand dengan maksud riak??

Dulu aku suka blog hopping, bila time takde kerja tu….tapi there are some blogs aku tgk adalah tempat utk org menunjuk segala apa yg dia miliki, segala barang yg dia bershopping, segala tempat yg dia dah pergi, dan segala-galanye… Sometimes aku rasa enjoy reading those blogs, but most of the times aku rasa those people just to show other people that they can buy this and that…..
Yup, some might say that if you don’t like to read the contents from the blog, jgn la pergi visit blog tu…but that’s not my point here…. My point here is that why you want to tell people that you are buying your 3rd Channel handbag, your 10th Gucci wallet, your 5th tour to Europe. Am I jealous? Emm….maybe a bit, but again that is not my point….the point is why these people sangat RIAK dengan harta benda yg mereka ada??

Sama jugak bila berfacebook…. Kalau dulu time-time takde facebook, korang tak tahu pun yg kawan korang pakai handphone apa, pakai kereta apa…tapi skrg ni….bila dah beli I-Phone je, terus update dekat status, ‘testing testing’ … then mula la your friends tanye, new I-Phone ke? Then ada pulak yg letak status like ‘Landed : Amsterdad 0650 AM’ …. Dan sewaktu dengannye….

At first aku tak rasa apa-apa, but bila diamati betul-betul, don’t you think that all these people trying to tell the world what she or he has … And at 1 point, I felt so annoyed!

Tapi aku pun terasa ada gak yg aku kengkadang tu buat benda yg sama…..walaupun takde la yg aku bagitahu yg aku dapat hadiah Channel from my hubby, dapat Burberry from my mother, or dapat I-Pad from my grandmother (oppss, ni semua example, bukan riak OK )…. Tapi somehow, tercakap jugak la where am I now which in a way could create perasaan iri hati org lain terhadap aku….. So aku ni pun sama jer lah dengan org lain yg bersifat riak di dalam facebook dan juga di dalam blog masing-masing….

Masya allah….aku tak nak tergolong di dalam golongan manusia riak. So aku kat sini nak mintak maaf kalau ada mana-mana reader yg terasa aku nak menunjuk atau sama waktu dengan di dalam mana-mana entry aku. Sebenarnya aku tak pernah berniat utk bersifat riak, tapi sebagai manusia yg lemah, kita tidak tahu kelemahan kita, kita tak tahu perbuatan kita mengecilkan hati org, kita tak tahu perbuatan kita membuat org lain rasa rendah diri dan berjauh hati…. Jadi aku nak mintak maaf kalau ada apa-apa kesilapan yg aku buat selama ni…

Rasulullah menasihatkan umatnya agar tidak sesekali menyebut kebaikan diri dan keluarga kerana sikap sedemikian akan mendorong seseorang kepada sifat riak.Apabila wujud sifat riak, ia akan mendorong ke arah beberapa penyakit hati lain seperti ujub iaitu berbangga dengan kelebihan diri sendiri.


Tuesday, August 3, 2010

Ini lah kehidupan ...



*** Punye la lama tak masuk blog sendiri, background template dah takde pun aku tak perasan...nanti la ye kalau ada masa, aku touch up balik blog ni ***


Huh...lamanye menghilang...agak sebok sebenarnye...sepanjang kehilangan aku ni, ada beberapa perkara penting, sedih, happy yg berlaku :


1. Aku ada assessment, alhamdulillah...walaupun sebulan sebelum interview ni aku sangat busy travelling for to bintulu, terengganu...tapi aku dah pass the assessment...Syukur ke hadrat Allah...semoga Allah merahmati rezeki yg diturunkan... Aku sangat happy :-)

2. Kawan baik abang aku meninggal akibat accident. Umur baru 34 tahun. Dia takde la berapa rapat dgn aku, tapi aku kenal dia sbb senior aku masa kat MRSM Terendak dulu, then dia mmg bestfriend abg aku....sesama kerja pilot. Dia accident masa on the way to work. Innalillah...kesian anak2 dia yg masih kecik, tak tahu apa-apa. Ya Allah, jgn la engkau uji aku dgn ujian yg tak mampu aku tanggung ..... Semoga roh Abg GQ @ Haslizam Ramli di tempatkan di kalangan org yg beriman...

3. Disebabkan kawan abg aku yg meninggal mengejut tu, sedikit sebanyak memberi impact pada aku. Termenung jugak la aku dibuatnye. Itu dah memang bahagian dia. Amalan dia semasa hidup mmg aku tak tahu. Harap-harap dia dah bersedia. Tapi yg aku tahu, kalaulah Allah tarik nyawa aku esok, sungguh banyak dosa-dosa yg aku dah lakukan...

a. Dosa tak menutup aurat dgn betul
b. Dosa mengumpat org
c. Dosa bercakap kasar ngan suami kadang2 tu...
d. Dosa lawan cakap papa kengkadang tu, esp masa kecik la...
e. Dosa marah anak2...aku ni jenis tak sabar dgn anak2 sikit..

Masya allah..kalau nak cakap semua, mmg tak tertulis kat sini...so kesimpulannye, aku belum bersedia lagi utk mati mengejut camtu... Astaghafirullah...

* Petikan dari lagu Andai ku Tahu from Ungu ... cukup menginsafkan...

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku


4. Mak dah tak sihat for the past 1 month... Dah 2 private hospital kitorang bawak, tapi doctor kata mak OK, takde masaalah yg serious. Tapi kenapa mak macam letih, lesu, demam secara tiba-tiba. So keluar la teori-teori mak diganggu makhlus halus, jin dan syaitan. Dah byk bawak tempat berubat...Mmg betul mak diganggu, ada org sihirkan mak, at the same time ada saka dalam badan mak, datang dari keturunan mak .... Pergh...tak tahu aku ada jugak org yg nak dengki khianat dgn mak aku yg baik tu.... The latest, aku ada bawak mak jumpa seorang haji di Melaka, mak nampak sihat dari gangguan lepas jumpa hj tu 2 kali, tapi skrg ni semangat mak lemah. Makan kena paksa...kalau tak badan lemah jer. Mak tu mmg degil sikit, tapi aku taknak paksa lebih2 sebab aku taknak jadi anak yg derhaka.. Tapi kesian adik aku yg kena jaga mak kat Seremban...Takpe la Ain, byk pahala jaga mak tu...

So tu la so far the latest about me...penat jugak mental dibuatnye bila problem mak ni belum berapa setel. Aku takde la nak kata give up, but bila mak aku sendiri taknak lawan so called 'penyakit' ni, apa lagi yg kita boleh buat....

Aku sentiasa berdoa semoga masaalah yg menimpa keluarga aku ni cepat selesai...Amin..

Saturday, June 19, 2010

HADIF & HARIZ





Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan


Semalam aku pergi tgk movie, citer Lagenda Budak Setan. Kemain semangat pergi time weekdays...Bukannye aku hardcore cerita LBS ni, tapi kan dah berubah nak enjoy the life while we can...dulu kalau nak buat apa-apa, mesti nak kena tunggu betul2 free time, then bila ada je sikit hal, terus cancel all the plans. Kalau weekdays jgn harap la nak keluar rumah, sbb nanti penat nak kerja esok, but in the end, malam-malam anak meragam time tido, then penat jugak bila pergi kerja esok. Tapi now, bila bawak anak-anak keluar during weekdays, diorg penat sikit, then tido lena malam tu....so sebenarnya kalau nak beractiviti sosial ni, pergi jer la bila-bila masa yg aku rasa nak pergi....

Berbalik pada citer LBS ni....overall....OK la....Taknak la citer lebih-lebih, nanti ada org tak tgk lagi akan marah if aku citer the sinopsis. Tapi just nak comment on the selection of the pelakon.

Farid Kamil tu somehow got the aura nak buat org pergi tgk dia, tapi aku rasa takde la best sangat dia berlakon. Hubby aku kemain tak suka kat dia, sebab dia kata muka tak licin, mana boleh jadi hero. Adik aku pulak cakap, mmg patut la dia jadi hero sebab pasal muka dia yg tak licin tu la baru sesuai jadi hero nakal a.k.a Budak Setan... Aku? OK jugak la dia ni....not that bad, tapi kalau letak Remy Ishak tu pun ok gak kot...

Lisa Surihani tu pun aku rasa OK jugak la....pandai jugak la dia berlakon this time as compared dia dalam citer Adamaya. Tak tahu kenapa dia dalam citer Adamaya tu mmg kayu habis. Serious tak pandai berlakon, tapi dalam LBS ni ada la sikit improvement. Tapi aku tahu ramai tak setuju ngan aku ni, especially kawan aku Emy sbb dia peminat hardcore Lisa Surihani ni. Mak aku pun suka kat dia... Minah ni kadang-kadang cantik gak aku tgk, tapi certain angle, takde la berapa cun sangat...

Letak gambar dia sbb aku suka dia berlakon

Fazura mmg aku suka, but just dia punye watak is too small....Dia ni ada style sikit... Tapi mungkin dia ni kurang naik coz attitude problem kot, entah la...but I like her acting, and she is so pretty and stylo!

Watak lagi sorang perempuan yg aku tak tahu nama sebenar dia apa, would be more effective and touched if it is replaced by Maya Karin. Sbb bila dia dah letak that 'unknown actress' and dah la tak berapa pandai sangat berlakon, the feeling of the movie to dah tak jadi continuous....

Que Haidar mmg hebat, pilihan pelakon yg hebat....no doubt dia ni pelakon yg memberi kesan...

But....ini semua pendapat aku sorang jer, up to you nak agree ke tak...and kalau nak tahu, pergi la watch the movie...Overall kira OK la, tapi mula-mula tu a bit boring, lepas half way tu baru ada tenaga sikit la...awal-awal tu aku nampak la hubby aku kat sebelah menguap....and Hariz baru 15 minit citer start, dia dah tido. Hadif dapat la bertahan sampai 3/4 citer...

OK la, dah lama tak pergi tgk citer melayu kat movie, the last one was cerita CINTA, that one was good. Tapi kalau dulu zaman bercinta ngan hubby, apa aje citer kat movie, semua kitorang tgk, sampaikan citer Gerak Khas The Movie pun aku pergi tgk...bila ungkit balik cerita lama time skrg...zaman bercinta, semua nye best, sampai cerita Gerak Khas pun sanggup pergi tgk...

hehehehe (sambil tgh tersenyum terkenang kisah silam)....

Wednesday, June 2, 2010

Kasih sayang seorg anak

Hadif mmg sayang aku sangat-sangat, unlike adik dia yg mmg more attach to my hubby. Ni antara dialog Hadif (yg berumur 2 tahun setengah) kat aku, semenjak dia dah pandai cakap ni. Jgn la ada org cuba pukul aku, dia mesti akan berlari and pukul org tu balik. Yg selalu jadi mangsa pukul is of course my hubby, sebab hubby aku selalu nak test tahap ke'sayangan' Hadif kat aku....at the end, hubby yg kena pukul balik ngan Hadif :-)

1. Mummy, baik-baik, licin
Bila aku sedang jalan kat simen yg penuh dengan air.

2. Adik, NO!
Bila adik tarik rambut aku.

3. Adik NO! Ubat mummy!
Bila adik nak ambik ubat aku dalam drawer.

4. Daddy, NO!
Bila hubby main-main nak belasah aku.

5. Abg sayang mummy, Adik No! Daddy No!
Bila ditanye abg sayang siapa.

6. Abg nak baring perut mummy
Kegemaran dia adalah tidur kat atas perut aku.

7. Mummy, duduk
Apa saje benda yg dia sedang tgk e.g citer Thomas, aku kena duduk sebelah dia.

8. Nanti abg nangis nanti
Bila aku tak nak beli kan vitamin kegemaran dia.

9. Mummy, abg takut
Bila tgk citer Thomas....auta jugak anak aku ni tgk Thomas pun takut.

10. Abg nak peluk mummy
Bila malam-malam nak tido, and the best part is...dia akan tersenyum bahagia sambil menutup mata...


There's nothing important in this world, other than knowing that my kid loves my very much!

Tuesday, June 1, 2010

Great weekends!


We went to Zoo Negara last Saturday morning until afternoon....lepas tu pergi makan kat Victoria Station pada malamnye... Victoria Station tu more or less dinner which suppose we had on our 5th anniversary 20.05.2010 lepas. Tapi sbb on that day, sebok di sebuah kedai membeli hadiah utk aku...terpaksa la postpone our anniversary dinner.

Cadangnye nak pergi berdua jer, biar romantik sikit...tapi disebabkan dah nak setahun anak ku Tom a.k.a Hariz nak makan steak, baru la tercapai laa ni....citenye gini. Masa pregnant Hariz, or adik, aku lagi suka panggil dia adik...aku teringin nak makan kat Victoria Station, tapi tak tahu kenapa, everytime hubby ajak, aku refused to go... then bila adik lahir, air liur dia suka meleleh...tak macam Hadif, so biasa la bila jumpa org2 tua, or tak payah jumpa org2 tua pun, org2 muda pun sebok cakap yg adik tak dapat makan benda yg dia nak masa aku pregnant. Straight away aku teringat yg aku nak makan kat Victoria Station....

Tapi memandangkan benda tu dah lepas, aku abaikan je la...sbb dah tak terasa nak makan steak pun skrg ni...until tiba-tiba hubby ajak makan kat situ on our anniversary night...so bila dah alang-alang tu, bawak la adik ngan Hadif sekali...hehehe..dapat la si kenit tapi tombam tu makan sizzling steak...nyum nyum....and rasanye kalau tak silap, dah tak meleleh kot air liur dia...tak tahu la kot secara kebetulan...or ada benarnye apa yg org2 tua cakap....

Thanks hubby, for the lovely belated anniversary dinner...and not forget to mention the best anniversary gift ever!! I love it!!

Now aku sebok nak merancang 'percutian' kami ke Melaka this weekend...kan hari Jumaat ni cuti, terasa nak pergi Melaka pulak. Biar long weekend kali ni jugak berbaloi... Rasa macam nak pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka, nak naik Duck Tour, round satu bandar... kalau rajin, malam tu pekena ikan bakar best jugak...hahahaha!

Buat semua benda ni sbb aku nak stress free life. Aku quite stress lately with arrangement aku kena pergi Bintulu (yup, mmg tak habis-habis lagi ngan problem ni, malas dah aku nak pikirin). It's somehow affected my life, my muka (dgn jerawat yg banyak di muka ni) and relationship aku ngan hubby and anak-anak. Ye la, bila aku tension, satu benda tak jadi kan...so better aku ambil positive approach. Enjoy my life, bila dah nak kena pergi Bintulu tu, pergi je la...then pandai2 la nak hidup....

OK, looking forward to seeing you 'Duck Tour'....yahoo!
p/s kalau rajin nanti aku upload gambar kat zoo..