That's what we called LIFE - Alhamdulilah, masaalahku sudah selesai.... ...

Tuesday, August 3, 2010

Ini lah kehidupan ...



*** Punye la lama tak masuk blog sendiri, background template dah takde pun aku tak perasan...nanti la ye kalau ada masa, aku touch up balik blog ni ***


Huh...lamanye menghilang...agak sebok sebenarnye...sepanjang kehilangan aku ni, ada beberapa perkara penting, sedih, happy yg berlaku :


1. Aku ada assessment, alhamdulillah...walaupun sebulan sebelum interview ni aku sangat busy travelling for to bintulu, terengganu...tapi aku dah pass the assessment...Syukur ke hadrat Allah...semoga Allah merahmati rezeki yg diturunkan... Aku sangat happy :-)

2. Kawan baik abang aku meninggal akibat accident. Umur baru 34 tahun. Dia takde la berapa rapat dgn aku, tapi aku kenal dia sbb senior aku masa kat MRSM Terendak dulu, then dia mmg bestfriend abg aku....sesama kerja pilot. Dia accident masa on the way to work. Innalillah...kesian anak2 dia yg masih kecik, tak tahu apa-apa. Ya Allah, jgn la engkau uji aku dgn ujian yg tak mampu aku tanggung ..... Semoga roh Abg GQ @ Haslizam Ramli di tempatkan di kalangan org yg beriman...

3. Disebabkan kawan abg aku yg meninggal mengejut tu, sedikit sebanyak memberi impact pada aku. Termenung jugak la aku dibuatnye. Itu dah memang bahagian dia. Amalan dia semasa hidup mmg aku tak tahu. Harap-harap dia dah bersedia. Tapi yg aku tahu, kalaulah Allah tarik nyawa aku esok, sungguh banyak dosa-dosa yg aku dah lakukan...

a. Dosa tak menutup aurat dgn betul
b. Dosa mengumpat org
c. Dosa bercakap kasar ngan suami kadang2 tu...
d. Dosa lawan cakap papa kengkadang tu, esp masa kecik la...
e. Dosa marah anak2...aku ni jenis tak sabar dgn anak2 sikit..

Masya allah..kalau nak cakap semua, mmg tak tertulis kat sini...so kesimpulannye, aku belum bersedia lagi utk mati mengejut camtu... Astaghafirullah...

* Petikan dari lagu Andai ku Tahu from Ungu ... cukup menginsafkan...

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku


4. Mak dah tak sihat for the past 1 month... Dah 2 private hospital kitorang bawak, tapi doctor kata mak OK, takde masaalah yg serious. Tapi kenapa mak macam letih, lesu, demam secara tiba-tiba. So keluar la teori-teori mak diganggu makhlus halus, jin dan syaitan. Dah byk bawak tempat berubat...Mmg betul mak diganggu, ada org sihirkan mak, at the same time ada saka dalam badan mak, datang dari keturunan mak .... Pergh...tak tahu aku ada jugak org yg nak dengki khianat dgn mak aku yg baik tu.... The latest, aku ada bawak mak jumpa seorang haji di Melaka, mak nampak sihat dari gangguan lepas jumpa hj tu 2 kali, tapi skrg ni semangat mak lemah. Makan kena paksa...kalau tak badan lemah jer. Mak tu mmg degil sikit, tapi aku taknak paksa lebih2 sebab aku taknak jadi anak yg derhaka.. Tapi kesian adik aku yg kena jaga mak kat Seremban...Takpe la Ain, byk pahala jaga mak tu...

So tu la so far the latest about me...penat jugak mental dibuatnye bila problem mak ni belum berapa setel. Aku takde la nak kata give up, but bila mak aku sendiri taknak lawan so called 'penyakit' ni, apa lagi yg kita boleh buat....

Aku sentiasa berdoa semoga masaalah yg menimpa keluarga aku ni cepat selesai...Amin..

Saturday, June 19, 2010

HADIF & HARIZ





Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan


Semalam aku pergi tgk movie, citer Lagenda Budak Setan. Kemain semangat pergi time weekdays...Bukannye aku hardcore cerita LBS ni, tapi kan dah berubah nak enjoy the life while we can...dulu kalau nak buat apa-apa, mesti nak kena tunggu betul2 free time, then bila ada je sikit hal, terus cancel all the plans. Kalau weekdays jgn harap la nak keluar rumah, sbb nanti penat nak kerja esok, but in the end, malam-malam anak meragam time tido, then penat jugak bila pergi kerja esok. Tapi now, bila bawak anak-anak keluar during weekdays, diorg penat sikit, then tido lena malam tu....so sebenarnya kalau nak beractiviti sosial ni, pergi jer la bila-bila masa yg aku rasa nak pergi....

Berbalik pada citer LBS ni....overall....OK la....Taknak la citer lebih-lebih, nanti ada org tak tgk lagi akan marah if aku citer the sinopsis. Tapi just nak comment on the selection of the pelakon.

Farid Kamil tu somehow got the aura nak buat org pergi tgk dia, tapi aku rasa takde la best sangat dia berlakon. Hubby aku kemain tak suka kat dia, sebab dia kata muka tak licin, mana boleh jadi hero. Adik aku pulak cakap, mmg patut la dia jadi hero sebab pasal muka dia yg tak licin tu la baru sesuai jadi hero nakal a.k.a Budak Setan... Aku? OK jugak la dia ni....not that bad, tapi kalau letak Remy Ishak tu pun ok gak kot...

Lisa Surihani tu pun aku rasa OK jugak la....pandai jugak la dia berlakon this time as compared dia dalam citer Adamaya. Tak tahu kenapa dia dalam citer Adamaya tu mmg kayu habis. Serious tak pandai berlakon, tapi dalam LBS ni ada la sikit improvement. Tapi aku tahu ramai tak setuju ngan aku ni, especially kawan aku Emy sbb dia peminat hardcore Lisa Surihani ni. Mak aku pun suka kat dia... Minah ni kadang-kadang cantik gak aku tgk, tapi certain angle, takde la berapa cun sangat...

Letak gambar dia sbb aku suka dia berlakon

Fazura mmg aku suka, but just dia punye watak is too small....Dia ni ada style sikit... Tapi mungkin dia ni kurang naik coz attitude problem kot, entah la...but I like her acting, and she is so pretty and stylo!

Watak lagi sorang perempuan yg aku tak tahu nama sebenar dia apa, would be more effective and touched if it is replaced by Maya Karin. Sbb bila dia dah letak that 'unknown actress' and dah la tak berapa pandai sangat berlakon, the feeling of the movie to dah tak jadi continuous....

Que Haidar mmg hebat, pilihan pelakon yg hebat....no doubt dia ni pelakon yg memberi kesan...

But....ini semua pendapat aku sorang jer, up to you nak agree ke tak...and kalau nak tahu, pergi la watch the movie...Overall kira OK la, tapi mula-mula tu a bit boring, lepas half way tu baru ada tenaga sikit la...awal-awal tu aku nampak la hubby aku kat sebelah menguap....and Hariz baru 15 minit citer start, dia dah tido. Hadif dapat la bertahan sampai 3/4 citer...

OK la, dah lama tak pergi tgk citer melayu kat movie, the last one was cerita CINTA, that one was good. Tapi kalau dulu zaman bercinta ngan hubby, apa aje citer kat movie, semua kitorang tgk, sampaikan citer Gerak Khas The Movie pun aku pergi tgk...bila ungkit balik cerita lama time skrg...zaman bercinta, semua nye best, sampai cerita Gerak Khas pun sanggup pergi tgk...

hehehehe (sambil tgh tersenyum terkenang kisah silam)....

Wednesday, June 2, 2010

Kasih sayang seorg anak

Hadif mmg sayang aku sangat-sangat, unlike adik dia yg mmg more attach to my hubby. Ni antara dialog Hadif (yg berumur 2 tahun setengah) kat aku, semenjak dia dah pandai cakap ni. Jgn la ada org cuba pukul aku, dia mesti akan berlari and pukul org tu balik. Yg selalu jadi mangsa pukul is of course my hubby, sebab hubby aku selalu nak test tahap ke'sayangan' Hadif kat aku....at the end, hubby yg kena pukul balik ngan Hadif :-)

1. Mummy, baik-baik, licin
Bila aku sedang jalan kat simen yg penuh dengan air.

2. Adik, NO!
Bila adik tarik rambut aku.

3. Adik NO! Ubat mummy!
Bila adik nak ambik ubat aku dalam drawer.

4. Daddy, NO!
Bila hubby main-main nak belasah aku.

5. Abg sayang mummy, Adik No! Daddy No!
Bila ditanye abg sayang siapa.

6. Abg nak baring perut mummy
Kegemaran dia adalah tidur kat atas perut aku.

7. Mummy, duduk
Apa saje benda yg dia sedang tgk e.g citer Thomas, aku kena duduk sebelah dia.

8. Nanti abg nangis nanti
Bila aku tak nak beli kan vitamin kegemaran dia.

9. Mummy, abg takut
Bila tgk citer Thomas....auta jugak anak aku ni tgk Thomas pun takut.

10. Abg nak peluk mummy
Bila malam-malam nak tido, and the best part is...dia akan tersenyum bahagia sambil menutup mata...


There's nothing important in this world, other than knowing that my kid loves my very much!

Tuesday, June 1, 2010

Great weekends!


We went to Zoo Negara last Saturday morning until afternoon....lepas tu pergi makan kat Victoria Station pada malamnye... Victoria Station tu more or less dinner which suppose we had on our 5th anniversary 20.05.2010 lepas. Tapi sbb on that day, sebok di sebuah kedai membeli hadiah utk aku...terpaksa la postpone our anniversary dinner.

Cadangnye nak pergi berdua jer, biar romantik sikit...tapi disebabkan dah nak setahun anak ku Tom a.k.a Hariz nak makan steak, baru la tercapai laa ni....citenye gini. Masa pregnant Hariz, or adik, aku lagi suka panggil dia adik...aku teringin nak makan kat Victoria Station, tapi tak tahu kenapa, everytime hubby ajak, aku refused to go... then bila adik lahir, air liur dia suka meleleh...tak macam Hadif, so biasa la bila jumpa org2 tua, or tak payah jumpa org2 tua pun, org2 muda pun sebok cakap yg adik tak dapat makan benda yg dia nak masa aku pregnant. Straight away aku teringat yg aku nak makan kat Victoria Station....

Tapi memandangkan benda tu dah lepas, aku abaikan je la...sbb dah tak terasa nak makan steak pun skrg ni...until tiba-tiba hubby ajak makan kat situ on our anniversary night...so bila dah alang-alang tu, bawak la adik ngan Hadif sekali...hehehe..dapat la si kenit tapi tombam tu makan sizzling steak...nyum nyum....and rasanye kalau tak silap, dah tak meleleh kot air liur dia...tak tahu la kot secara kebetulan...or ada benarnye apa yg org2 tua cakap....

Thanks hubby, for the lovely belated anniversary dinner...and not forget to mention the best anniversary gift ever!! I love it!!

Now aku sebok nak merancang 'percutian' kami ke Melaka this weekend...kan hari Jumaat ni cuti, terasa nak pergi Melaka pulak. Biar long weekend kali ni jugak berbaloi... Rasa macam nak pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka, nak naik Duck Tour, round satu bandar... kalau rajin, malam tu pekena ikan bakar best jugak...hahahaha!

Buat semua benda ni sbb aku nak stress free life. Aku quite stress lately with arrangement aku kena pergi Bintulu (yup, mmg tak habis-habis lagi ngan problem ni, malas dah aku nak pikirin). It's somehow affected my life, my muka (dgn jerawat yg banyak di muka ni) and relationship aku ngan hubby and anak-anak. Ye la, bila aku tension, satu benda tak jadi kan...so better aku ambil positive approach. Enjoy my life, bila dah nak kena pergi Bintulu tu, pergi je la...then pandai2 la nak hidup....

OK, looking forward to seeing you 'Duck Tour'....yahoo!
p/s kalau rajin nanti aku upload gambar kat zoo..

Wednesday, May 19, 2010

Happy Birthday to me...

Hi korang... Alhamdulillah...another 13th May had gone, and I am now 30 years old..Takde benda different pun except rasa diri lebih mature, and kulit dah mula lose elasticity ... hahaha!

But it's so true....dulu masa still at 20s, rasa kulit ni OK je. Kalau ada luka tu, cepat je heal dan hilang scar, kalau kena sun burn tu...cepat je jadi putih balik, tapi nowadays dah tak camtu....scar mmg amat payah nak hilang. Sun burn pun tak hilang-hilang lagi... and yg paling teruk, muka dah mula naik jerawat.... Ini yg org panggil adult acne kot...aduhai....tension betul...

Dah 5 tahun my skin free from pimples...tapi tak tahu kenapa since last 2 months, muka mula naik jerawat, macam zaman sekolah dulu. Dulu aku pakai jer la apa je sabun, pakai Olay Total Effect, dah....muka clear jer. Now terpaksa cari solution baru, kemana la hilangnye vitamin-vitamin baik dalam badan... Takkan la diorg ni tahu yg tahun ni aku dah umur 30 tahun. Sebab bengang dgn muka yg dah hilang 'kelicinan' dan 'keserian' nye ini...aku mula la start membuat research kat internet, look for natural remedies that are good for skin. Ingat kan nak try beli produk mahal-mahal, mana la tahu kot price does matter. Nak jugak try pakai SKII, sbb kawan aku Sha, kemain cun kulit muka dia... Tapi ada gak kawan aku yg pakai, tak berapa sesuai ngan kulit diorg...so tak berani la pulak aku nak abiskan duit. Maybe that is later kot....aku nak get rid of the pimples jahat ni dulu, then baru nak try pakai SKII, teringin nak pakai Miracle Water tu...tapi tu nanti la..kalau pakai skrg, rosak lak muka nanti kan...and duit pun pokai...

Just to share apa yg aku jumpa dalam pembacaan aku. Byk sangat natural remedies yg ada, tapi yg paling aku rasa senang, interested to try, dan dah cuba buat pun:

i. Squeeze lemon juice in a glass of warm water. Campur dengan satu sudu madu lebah, then minum. Then jgn minum or makan selepas setengah jam...
- Aku dah try this for 5 days...so far dah nampak perubahan. Jerawat baru dah tak keluar and scar mula hilang. Cepat betul! This is also a VERY GOOD remedy to remove the toxin in your body. And aku yakin dan percaya that minum lemon is good for many other reasons (korang baca la kat internet sendiri ye). So insya allah aku nak amalkan benda ni. Tapi memandangkan lemon is very expensive (paling murah is RM1 sebijik), lime pun boleh jugak. The benefits are the same or even better...

ii. Squeeze lemon juice kat cinnamon powder (kulit kayu manis). Kat sekolah dulu aku ngan kawan-kawan mmg rajin buat, tapi bukan yg powder punye, tapi beli yg original kayu manis, then tenyeh kat batu, dgn air...pastu letak kat jerawat and bekas jerawat. Pedih gille woo! Dan comot la muka korang sikit...
- Yg ini aku mmg tahu kemujarabannye. Last weekend aku mmg pakai secara rajinnye kat muka aku. And as expected, jerawat cepat gile kering dan bekas jerawat pun hilang. Itu baru pakai for 4 days, so kalau pakai for 3 weeks....mmg hilang la bekas jerawat aku ni.
So all in all...Lemon (or Lime) plus cinnamon powder is marvellous! Tapi kalau dah elok muka aku nanti, nak kena pikir la whether nak pakai :

i. SKII macam kawan aku Sha
ii. AG2000 macam kawan aku Azza.... dia pun cantik gak kulit dia aku tgk last week...
iii. Clinique macam my friend kat opis
iv. Tak payah pakai apa-apa but lemon and cinnamon. And kalau bagus, aku nak buat research and bukak kilang cosmetic product lah...hahahaha!!

Try la kengkawan, mana yg ada jerawat taknak hilang tu...Tapi biasa la kita org pompuan ni, kalau tak berhabis duit sebab kecantikan, mmg tak sah...walau pun maybe pakai lemon ngan kayu manis jer dah mujarab...tapi geram jer nak try produk2 commercial ni...ish...

Wanna share with you photos of me and my friends, we gathered one day before my birthday. We had a great fun. Tapi sayang tak semua join sbb.....kitorang tak call everybody. Consider adhoc meeting jugak la...tapi walaupun adhoc, semua turned up. So next time walaupun adhoc, kena jugak la call yg lain like Roza, Dyane, and Zaiti. Hope the they can make it. Yg lagi 2 orang kawan kitorang tu, payah sikit la. Zureen kat utara, Neti kat Syria.
** Thanks Azza, sebab bawak camera aritu....dapat la curik from your FB and letak kat sini
Thanks galsss for the cupcakes..
Ozie, Azza, Sha, me
Cuba la compare kulit muka aku ngan Sha..sungguh sedih.
Itu hasil product SKII
Actually kulit Ozie pun ok gak, lupa lak nak tanye dia pakai apa.
Tapi dari zaman sekolah lagi Ozie takde problem.
But look at Azza's skin....huh...jeles dude...
Semua ni Mar yg punye idea sbb dia balik from JB
Hope one day kulit ku akan licin like them...
Hope dapat share with you guys kulit sebelum dah selepas....
Kena tunggu lagi at least sebulan kot for another review...hehehe

Saturday, April 10, 2010

Tengahari di KLCC

Huh! Baru je balik dari Taman KLCC ni. Tak pernah aku pergi situ bawak Hadif and Hariz, maklum la...most of the weekends, kitorang spent kat Seremban. Actually ini pun pergi tanpa dirancang. Malam tadi dah berjanji dgn Muhaimin, bf adik aku Ain, nak pergi buat photoshoot...ala, gambar sefamily la konon-kononnya. Dia ada la buat free lance mengambil gambar ni. So dah janji la dgn dia nak pergi amik gambar pagi ni kul 9am kat KLCC Park , alih-alih hujan lak kat Ampang ni, and from sini aku nampak awan kat KLCC tu mendung jer. Padahal aku dah cakap kat Hadif yg kita nak keluar, kul 7 am lagi dia dah siap-siap mandi sebab excited......tapi terpaksa cancel. Tapi kesian lak tgk dia sbb dah excited sangat, siap pilih baju sendiri yg ada gambar ikan. So bila around 10.30 am aku nampak cam dah clear je awa kat KLCC tu, terus je aku ajak my darling pergi situ. Nak call Min, dia kat Shah Alam pulak, sure susah dia nak dtg on the spot. So aku pergi je la ke situ, dgn tujuan nak practise amik gambar pakai my new camera...hehehe.....

So Min, amacam? OK tak? Adik tak berapa puas hati lagi lah....the picture tu adik rasa quite OK, tapi the technique tu adik kena belajar lagi lebih lah.....tgk la esok ke kita pergi Taman Tasik Titiwangsa ke... boleh kita buat photoshoot kat situ....

So ini lah hasil 2 jam kat KLCC.....walaupun cuaca tak berapa panas pada pukul 12 tghari tu....tapi berpoloh-poloh jugak la aku ngan anak-anak ..... Tapi overall, aku feel satisfied, not because of the pictures, tapi sebab aku dapat spent quality time ngan family tersayang. Sebab aku rasa sejak Hariz lahir, hidup kitorang amat kelam-kabut...dan tak pernah 'berhibur' camni. Semoga lepas ni maid aku yg baru ni tak buat problem, so that kami boleh menjalani hidup sebagai satu keluarga yg bahagia!!!


Hariz yg bermuka boring, dia mmg camni kalau di tempat baru

Cuba berposing ala-ala Erra Fazira konon

Mewarisi perangai mummy dia yg suka amik gambar..

Nak dilambung, baru Hariz nak senyum dan tergelak

Leka tgk apa lah tu...

tersenyum bila mummy buat bunyi meow...

Huh! Hensem betul la balak Cina sorang ni...dah berpunya belum??

Hariz ni kecik lagi la....tak payah nak merenung masa depan..

Mengaplikasikan teknik berlari masa Form 5 dulu....
utk kejar Hadif...laju gak si kenit ni lari...

Hei...mummy dulu sprinter tau.....
mana leh Hadif lari daripada mummy...


Tahu pun penat berlari....terus mintak 'aufff' a.k.a air kosong

Daddy mithali...serious...tak cakap bohong ni!!

Reflection of a TM....

Tak tahu la teknik pegang camera tu betul ke tak...tapi hoping
satu hari nanti pandai la aku amik gambar cantik2!


Hadif and Hariz, yg dah kepanasan....jom masuk KLLC
dapatkan air-cond jom!


I love this man very much!!

Selain nak mempelajari teknik amik gambar,
nak jugak practise teknik diambik gambar...


Jom la balik...penat dah ni...


Nak pergi tgk video teknik amik gambar power lah! Tata